Tarikh : 08 Januari 2025 Masa : 9.00AM – 11.30PM Lokasi : Kampung Tagaroh Peserta : 200 Orang |
Tujuan
Program saringan kesihatan secara percuma ini dilaksanakan di Kampung Tagaroh. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan NADI kepada penduduk setempat sekaligus membantu komuniti untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Selain itu, program ini dilakukan untuk mencapai objektif NADI iaitu sentiasa membantu komuniti. Seterusnya, program ini dapat memberi kesedaran awal kepada komuniti tentang penjagaan kesihatan.
Aktiviti
Aktiviti saringan kesihatan kepada komuniti merupakan langkah penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan, mengesan penyakit pada peringkat awal dan menggalakkan gaya hidup sihat. Antara Saringan Kesihatan yang dilakukan oleh para petugas NADI adalah Pemeriksaan Tekanan Darah, Pemeriksaan Tahap Gula dalam Darah dan Pemeriksaan BMI (Berat & Tinggi). Secara keseluruhannya, Program Saringan Kesihatan ini dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan komuniti dan menggalakkan gaya hidup sihat.