Tarikh : 02 November 2024 Masa : 8:00 Am – 1:00 Pm Lokasi : Dewan Kg Ranau Peserta : 56 Orang |
Tujuan
Program Latihan Keusahawanan “Business 101” telah diadakan di Dewan Kg Ranau yang disertai oleh pelajar dan usahawan seramai 56 Orang. Program NADI Keusahawanan Kluster Kota Marudu ini telah berjaya diadakan dengan kerjasama Innovative Alliance (AI) Puan Siti Sholha Abu bakar bersama rakan pelaksana MTDC. Selain itu, Latihan keusahawanan ini dihadiri oleh pelajar Giatmara Kota Marudu dan usahawan AIM Kawasan Kota Marudu.
Aktiviti
Dalam program ini terdapat beberapa modul latihan keusahawanan yang dipelajari oleh peserta iaitu Asas perniagaan (Perancangan Perniagaan), Asas kewangan, Asas pemasaran dan pemasaran Digital serta operasi perniagaan. Setiap peserta dibagi kumpulan untuk membuat pembentangan perniagaan. Selain Itu, Petugas NADI turut memberi taklimat berkenaan dengan Pengenalan NADI kepada peserta. Program ini memberi impak yang sangat baik kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran dalam perniagaan mereka.