Tarikh : 20 Julai 2024 Masa : 2:30 Pm – 3:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini dijalankan di NADI Kg Ranau untuk membimbing usahawan yang baru dalam bidang perniagaan. Selain itu, rakan digital telah memberikan penerangan tentang shopee affiliate. Di samping itu, usahawan juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang perlu mereka pelajari untuk perniagaan mereka di masa akan datang.
Aktiviti
Rakan digital memberikan sedikit penerangan mengenai shopee affiliate kepada usahawan yang hadir ke NADI Kg Ranau. Seterusnya, usahawan juga dapat membuat shopee affiliate dengan bantuan rakan digital dan mula untuk memasarkan produk beliau. Tambahan pula, usahawan NADI lebih berminat untuk mengikuti latihan keusahawanan yang telah diadakan di NADI Kg Ranau untuk memudahkan mereka mendapat bimbingan terus.