Tarikh : 3 Julai 2024 Masa : 2:30 Pm – 4:30 Pm Lokasi : NaDI Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Publisher ini diadakan secara fizikal di NaDI Kg Ranau. Kelas bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office publisher 2021 kepada pelajar sekolah yang ingin mempelajari untuk membuat penerbitan seperti calender, brosure, banner dan kad nama yang boleh dihasilkan oleh perisian ini. Objektif kelas ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan secara fizikal. Peserta diajar secara asas menggunakan perisian ini daripada Petugas dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher 2021. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan di dalam Ms Publisher 2021 serta fungsinya. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2021 dengan adanya kelas ICT ini.