Tarikh : 19 Jun 2024 Masa : 2.30Pm – 4.00Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Latihan soft skills iaitu asas pembangunan diri usahawan merujuk kepada prinsip dan kemahiran asas yang perlu diketahui oleh usahawan baru. Selain itu, pembangunan diri usahawan melibatkan perkembangan individu untuk mengatasi perniagaan dengan lebih berkesan dan berdaya maju. Hal ini demikian, para usahawan baru akan diberikan latihan seperti kemahiran keusahawanan dan kebolehan mengurus diri.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di NADI Kg Ranau bersama para usahawan baru yang berminat untuk mengikuti kelas soft skills. Petugas juga memberikan penerangan mengenai elemen yang perlu dikuasai oleh usahawan yang ingin meningkatkan perniagaan mereka. Kemudian, mereka diarahkan untuk mencari teknik pengurusan asas perniagaan yang perlu menjadi panduan mereka untuk terus meningkatkan perniagaan mereka.