Tarikh : 04 Jun 2024 Masa : 9.00Am – 12.00Pm Lokasi : SK Langkon, Kota Marudu Peserta : 368 Orang |
Tujuan
Program kesedaran keselamatan siber bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber, perlindungan data peribadi dan membina sikap bertanggungjawab. Selain itu, petugas juga akan memberikan penerangan tentang pelbagai ancaman siber seperti malware, phising, ransomware dan serangan DDos. Ini membantu para pelajar memahami risiko yang mungkin mereka hadapi dalam talian. Oleh itu, program ini juga mampu untuk melindungi individu, organisasi dan infrastruktur kritikal daripada ancaman siber dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap keselamatan di kalangan pengguna.
Aktiviti
Para petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai NADI iaitu pusat sebaran maklumat nasional yang semakin dikenali dalam kalangan para pelajar dan ibu bapa. Seterusnya, setiap petugas turut menyampaikan taklimat mengenai keselamata siber dan advokasi klik dengan bijak kepada para pelajar dan ibu bapa yang hadir. Objektif program ini agar dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang keselamatan yang perlu mereka ketahui semasa melayari internet. Selain itu, petugas juga turut berkongsi tentang advokasi penggunaan internet yang betul kepada para pelajar agar tidak tersalah guna dalam melayari internet. Di samping itu, aktiviti kuiz juga diadakan bagi menguji tahap kefahaman para pelajar mengenai taklimat yang disampaikan.