mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2018 – Program Gotong Royong Perdana

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Gotong Royong Perdana ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim petugas PI bersama komuniti setempat. Program ini juga bertujuan agar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong sesama komuniti dan juga staff PI. Disamping itu juga, program ini adalah bertujuan untuk membersihkan PI dan juga kawasan sekitarnya daripada semak samun dan bebas sampah sarap. Hal ini demikian agar PI dan kawasan yang berdekatan lebih selesa untuk dikunjungi dan juga dapat mendekatkan lagi komuniti dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang objektif program dan kemudian petugas PI menerangkan satu persatu tentang kawasan pembersihan dan juga agihan tugasan pembersihan kepada peserta gotong royong yang terlibat. Majoriti peserta gotong royong adalah didalam kalangan belia muda dan juga kanak-kanak. Aktiviti gotong royong juga diisi dengan membuat sedikit post-mortem ataupun Feedback session terhadap gotong royong yang sudah dijalankan bersama komuniti yang terlibat. Secara keseluruhannya,  mereka sangat berbesar hati dan menyokong akan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama PI dan juga komuniti dan mendekatkan mereka dengan PI. 

Gambar Di Sini