mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2019 – Program E-Learning (Kuiz online Bahasa Malaysia)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara atas talian kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning bahasa malaysia ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam penggunaan bahasa malaysia dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Program e-learning kuiz secara atas talian ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna.  

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa Malaysia terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu E-learning www.proprofs.com/quiz-school dan menerokai dengan lebih terperinci kuiz secara atas talian bahasa malaysia yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Kemudian, peserta akan mengingat semula perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam Microsoft Word. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. Peserta yang dapat menjawab kuiz dengan betul akan diberikan hadiah daripada petugas PI.

Gambar Disini